Hari Jumaat yang lepas bersamaan 20/7/2012 kami sekeluarga menyambut hari lahir Afiza yang ke 22 tahun. Macam biasa, Umie akan buat kek untuk semua orang (ahli keluarga terdekat sahaja tau) yang celebrate birthday. Oleh kerana dah jemu makan kek coklat yang biasa Umie buat, Umie pun buat experiment dengan mencuba kek baru. Kek coklat lapis chees cake. Masa baru lepas masak, sangat tempting untuk dicuba. Umie cuba rasa baki kek pada loyang, memang sedap. Rasa macam nak potong sikit kek ni dan makan.
Tapi tak boleh la kan. Kena decorate dulu. So ini lah hasil decoration Umie yang tak seberapa.
Boleh la kan...
Tapi yang sedihnya, bila dah dipotong, kek ni tak jadi... Huhuhu.. Sebabnya tak tau. Mungkin sebab disimpan dalam peti sejuk lama sangat kot. Keras semacam. So, baki kek telah dibuang ke dalam tong sampah. (Not a happy ending story after all..)
Sekian, terima kasih.